온라인바카라

Baccarat Dalam Sejarah – Sejarah Permainan Kad Paling Tua

Kenapa Baccarat begitu popular? Sesetengah orang mungkin berpendapat ianya adalah kerana ianya mempunyai cara bermain yang mudah. ataupun yang ianya mempunyai kelebihan kasino yang rendah, atau yang ramai teringin meniru lagak James Bond bermain Baccarat. Tetapi, sudah pasti yang ia memerlukan lebih daripada sekadar corak permainan yang mudah untuk ianya bertahan sejak dari abad ke-15 ke kasino-kasino glamor Las Vegas dan platform dalam talian terkini, lengkap dengan khidmat dealer live yang mempesona. Mari kita lihat dahulu bagaimana semua ini bermula.

Permulaan Awal– Permainan Cina dan Ritual Rom Purba

Walaupun ia merupakan salah satu permainan kad yang paling popular dan tertua di seluruh dunia, asal-usul Baccarat masih tidak jelas. Rekod bertulis pertama tentang permainan ini adalah dari abad ke-19, jadi informasi lain adalah khabar angin semata-mata. Walau bagaimanapun, senario tentang bagaimana permainan itu wujud adalah agak menarik. Menurut satu senario, Baccarat mungkin berasal dari beberapa permainan yang tidak menggunakan kad, seperti permainan Pai Gow Cina yang dimainkan dengan jubin. Kesimpulan ini berdasarkan persamaan antara maksud Pai Gow (“membuat sembilan”) dan jumlah sembilan yang menjadi skor terunggul Baccarat. Walau bagaimanapun, teori ini tidak mempunyai bukti bersejarah yang kukuh.

kad permainan cina
“Ladies of a Mandarin’s family at cards” – Dilukis oleh Thomas Allom, diukir oleh A. Willmore

Satu lagi teori, yang juga berdasarkan nombor sembilan, menjejak semula kewujudan Baccarat ke Rom Purba dan ritual di mana sekumpulan perawan suci akan diminta membuang dadu untuk menentukan tahap keimanan mereka. Jika mereka mendapat 8 atau 9, ini menandakan yang mereka layak menjadi orang suci tertinggi, jika mereka mendapat 6 atau 7, gelaran perawan suci mereka akan ditarik balik, manakala apa-apa nombor lain akan menyebabkan mereka dilemaskan di dalam laut. Walaupun nombor sembilan dalam Baccarat didapati dalam permainan dan ritual seperti ini, kesemua ini tidak menerangkan mengapa Baccarat dimainkan dengan kad dan bukannya dadu. Untuk mengetahui mengapa, mari kita ke abad ke-13 ketika Marco Polo kembali ke Itali dari ekspedisinya.

Permulaan Di Itali

“Permainan kad di meja” mula-mula dijelaskan dalam manuskrip Perancis pada tahun 1330-an. Sebelum terciptanya pencetak, permainan kad bukanlah aktiviti popular terutamanya kerana kekurangan kad terup. Mereka terpaksa dilukis menggunakan tangan atau dicetak dengan menggunakan blok kayu yang diukir – satu teknik Cina yang digunakan untuk jubin Pai Gow yang diperkenalkan oleh Marco Polo ke Itali pada akhir tahun 1290-an. Dengan penciptaan pencetak, permainan kad semakin tersebar luas kerana mereka dicetak dalam bungkusan yang mengandungi 78 kad. Dikenali sebagai “The Devil’s Picture Books”, kad permainan kini semakin mudah didapati. Permainan kad baru mula berkembang dan permainan lama pula disesuaikan untuk dimainkan menggunakan kad, termasuklah Baccarat.

Walaupun Baccarat sering dianggap sebagai berasal dari Perancis, bukti bersejarah menunjukkan Itali sebagai tempat kelahiran permainan ini. Tarrochi adalah permainan kad yang dimainkan di Itali pada tahun 1300-an dan walaupun tidak ada hubungan yang terbukti diantaranya dan Baccarat, Tarrochi sebenarnya boleh dikira sebagai pendahulu semua permainan kad. Felix Falguiere, seorang lelaki Itali, dianggap telah mencipta bentuk Baccarat moden menggunakan kad Tarot.

Satu lagi permainan yang popular di Itali pada masa itu adalah Macao, yang dimainkan sehingga jumlah sembilan- sering digelar sebagai Baccarat Itali dan mungkin merupakan permainan dari mana Baccarat moden tercipta. Le Her adalah satu lagi permainan yang mungkin merupakan asal versi Baccarat tertua, kerana kedua-duanya adalah permainan nombor tetap dan bertujuan mendapatkan skor tertinggi. Le Her adalah permainan kad yang dimainkan oleh dua pemain – masing-masing hanya diberi satu kad. Kad yang dieadarkan akan mempunyai nilai 1 hingga 13, kad Raja adalah pangkat tertinggi dan akan dikira menang jika diperoleh. Setiap pemain boleh menukar kad mereka jika ianya bukan kad Raja dan ini sama dengan pengambilan kad tambahan dalam permainan Baccarat.

Pada abad ke-19, satu lagi permainan telah didedahkan sebagai pendahulu Baccarat apabila Peraturan Rasmi Kad Hoyle mengaitkannya dengan permainan Vingt-et-un, yang bermaksud “21” dalam bahasa Perancis, dan ini telah membawa ke permainan Blackjack yang sebegitu popular. Permainan yang diterangkan dalam buku ini sebenarnya adalah Baccarat en Banque. Dalam buku Hoyle, edisi 1911, Peraturan Rasmi Permainan Kad Terbaru, terdapat perbezaan yang jelas antara Baccarat en Banque dan Chemin de Fer dan mereka disenaraikan sebagai permainan yang berbeza.

Baccarat di Perancis – Hobi Taraf Tinggi Tetapi Dikira Haram

Baccarat sering dianggap sebagai permainan Perancis jadi mari kita lihat bagaimana Baccarat diperkenalkan di La République. Sepertimana yang terungkap dalam cerita sejarah, Baccarat diperkenalkan di Perancis oleh tentera yang pulang dari konflik di Itali pada tahun 1490-an. Kononnya, permainan ini cepat menjadi popular di antara bangsawan Perancis. Dua versi Baccarat – Baccarat en Banque (Baccarat Deux Tableux) dan Chemin de Fer tanpa banker dimainkan semasa era Napoleon. Kedua-dua permainan ini begitu mendapat tempat dan walaupun Louis Phillip mengharamkan kasino pada 1837, permainan-permainan ini terus dimainkan di rumah yang menjalankan operasi perjudian bawah tanah haram, dan pada masa yang sama, mengekalkan populariti di Eropah.

Memandangkan frasa Chemin de Fer bermaksud “jalan besi” atau “jalan kereta api” kita boleh membuat tekaan yang versi ini semakin popular selepas tahun 1832, apabila kereta api pertama di Perancis dibuka. Walau bagaimanapun, tiada dokumen pada tempoh tersebut yang dapat membuktikannya – nama itu mungkin juga ditambah kemudian – jadi kita terpaksa menganggap bahawa Baccarat en Banque adalah versi lama. Sebutan pertama Baccarat adalah pada tahun 1847 ketika Charles Van-Tenac menyertakan analisis matematik 13 halaman permainan tersebut – yang dicetak pertama kalinya- dalam Album des jeux.

dewan baccarat - dahulu

Melangkah Atlantik & Pasifik – Baccarat Tiba Di Amerika

Jika anda mengkaji asal-usul Baccarat di Amerika Syarikat, anda akan mendapati artikel dan dokumen yang menunjukkan tahun 1911 sebagai tahun pertama permainan Baccarat dimainkan di sebuah pertubuhan perjudian di Amerika. Kenyataan ini disokong oleh John Carne, Steve Forte, dan pengarang lain yang dihormati serta pakar permainan kad yang arif dalam bidang Baccarat. Walau bagaimanapun, kenyataan dan andaian ini ditolak dengan mudah oleh beberapa penerbitan surat khabar. Rekod terawal tentang permainan Baccarat di Amerika Syarikat dicetak pada tahun 1871. Satu artikel dalam New York Times menggambarkan rumah kelab di Long Branch sebagai tempat di mana para pelawat berkumpul di “meja faro, meja rolet dan papan Baccarat.”

Satu lagi artikel lagi di dalam New York Times, kali ini dari tahun 1899 mencatatkan penangkapan 30 orang Perancis yang bermain Baccarat, yang menunjukkan bahawa permainan itu dimainkan di Amerika Syarikat beberapa dekad lebih awal daripada yang disimpulkan. Meskipun ini ada disebutkan, Baccarat secara umumnya dianggap muncul di Amerika pada awal 1900-an. John Scarne menggambarkan Chemin de Fer yang dimainkan pada tahun 1911 di New York, dan menambah bahawa ia tidak lagi popular seperti permainan berdasarkan banker seperti Blackjack dan Crap, yang dimainkan oleh askar Amerika semasa WWI.

Laporan Kemunculan Baccarat Di USA

Walaupun penyebutan awal dalam New York Times menggambarkan Baccarat en Banque dan bukannya Chemin de Fer, adalah menjadi fakta menarik bahawa Baccarat dimainkan di Amerika Syarikat beberapa dekad lebih awal daripada yang asalnya disebutkan. Walaubagaimanapun, Baccarat tidak disebut dalam Undang-Undang Perhimpunan yang meluluskan perjudian pada tahun 1931. Apabila Sands membuka meja Baccarat pada tahun 1958, versi yang dimainkan ialah Chemin de Fer (sering disebut sebagai Chemmy). Ini adalah permainan tanpa banker, di mana kasino mengumpul rake ke atas pertaruhan menang, dan inilah yang dimaksudkan oleh Mark Twain apabila dia berkata dia akan kekal di meja permainan jika dia boleh meminjam pemungut pengumpul taruhan. Baccarat bukan permainan kasino utama sehinggalah 1959 apabila Tommy Renzoni membawa versi baru Baccarat yang dipanggil Punto Banco ke Las Vegas. Diwujudkan di kasino Mar del Plata di Argentina pada awal 1950-an, versi ini merupakan permainan Baccarat yang dimainkan hari ini di kebanyakan kasino di Amerika Syarikat, UK, dan Australia.

Baccarat di Nevada – Permainan Pertama di Vegas Strip

Pada 20 November 1959, Las Vegas Sands mencatat sejarah kasino kerana ia membuka meja pertama Punto Banco. Malam itu bermula dengan kemuncak promosi dan keanggunan, tetapi berakhir dengan kasino itu kehilangan seperempat juta dolar. Nasib baik, para pemilik tidak tawar hati akibat permulaan yang sedikit goyah it dan mereka memutuskan untuk mengekalkan permainan tersebut sehinggalah ia mula membawa keuntungan. Dalam dekad-dekad yang berikutnya, Baccarat mengekalkan keupayaan eksklusifnya sepertimana pada tahun1970-an, terdapat hanya 15 meja di seluruh jalur Vegas, yang sebahagian besarnya dibuka secara sambilan, jadi satu-satunya cara untuk mendapatkan tempat duduk adalah menjadi kaya atau terkenal, lebih baik jika ada kedua-duanya.

Populariti Permainan Ini Kini

Permainan Baccarat awal yang dimainkan di jalur Vegas pada tahun 1960-an bukanlah variasi Punto Banco yang dibawa oleh Renzoni dari Amerika Selatan. Versi awal Baccarat menawarkan pertaruhan sampingan pada tangan semula jadi dan tiada pertaruhan bagi Seri. Daripada menggunakan cip, kasino menerima taruhan wang tunai dan demi kemudahan, para dealer akan menggunakan bahan seperti sabun pada wang tunai untuk memastikan yang ianya sentiasa leper apabila diletakkan di atas meja. Wang berlilin ini, bagaimanapun, tidak diterima di beberapa bank dan kedai, oleh itu pada awal tahun 1970an kebanyakan meja Baccarat beroperasi menggunakan cip. Tetapi itu bukan satu-satunya perbezaan dari cara permainan kini dan suasana keseluruhan permainan./p.

Sebahagian daripada daya tarikan permainan ini adalah gemerlapan glamor – wanita muda yang cantik yang bermain di meja dengan pertaruhan minimum, mengambil kad dari shoe dan minat penjudi juga. Sekarang, anda tidak akan dapat melihat pekerja kasino yang sebegitu lagi, kecuali di beberapa kasino poker. Baccarat telah banyak berubah dan popularitinya di Asia telah menjadikannya lebih menarik dan dinamik, walaupun banyak didasarkan pada kepercayaan karut dan menyebabkan kepelbagaian dalam permainan ini, dengan versi permainan pantas, ciri-ciri tambahan dan taruhan sampingan untuk meningkatkan lagi keseronokan.

Kasino Baccart Online Yang Disyorkan
800 MYR6/6Main
1,400 MYR5/6Main
5,500 MYR6/6Main

*Tertakluk terma & syarat


Main sekarang
Back to Top 바카라사이트 인터넷카지노 카지노사이트
바카라사이트

바카라사이트

바카라사이트